Pesanan buat semua: Tolong maafkan saya sekiranya anda mendapati kandungan entri hari ini kurang menepati penggunaan bahasa Melayu yang betul. Dan mungkin anda akan terhidu bau rojak yang sememangnya lazat lagi menyelerakan.
Untuk memahami kenapa saya sebegitu letih sehingga memutuskan
Okey, 6.30 pagi saya rasa saya masih berlingkaran dan ketiduran, tapi tak apa lah. Saya tidur lewat hari sebelumnya, kira-kira dalam pukul 3 pagi jugak la. Sejuk tahap cipan. Eh, cipan pun tak sesejuk ni kot. Belum sempat alarm handphone memekak, kucing oren (yang pernah dibela oleh abang Luqman dan Kak Nor) memekak dulu di luar pintu rumah. Saya lantas bangun dan membuka pintu dan mendapati ada kucing mana entah sedang
Terus saya mandi dengan air yang sejuknya bagaikan air dari Cameron Highland. Baru saya ingat, tidur malam tu saya lupa pakai selimut. Patutla sejuk semacam je. Masuk-masuk bilik je terus saya matikan kipas. Solat subuh, kemudian bersiap-siap untuk keluar. Hari Jumaat sepatutnya kerja, tapi saya dah minta excuse dari bos saya yang baik hati untuk menjalani medical check-up hari tu. Malam tu tidur lambat sebab sibuk merancang perjalanan hidup pada hari Jumaat tu la.
Abang dan kakak ipar yang bekerja hari tu keluar awal, dalam pukul 7.40 gitu. Saya pulak terkial-kial nak siapkan barang-barang yang kena bawak untuk medical check-up. Pukul 8.15 saya dah keluar rumah, kunci pintu dan bergerak menuju ke perhentian bas. Kali pertama naik bas Rapid KL. Tambang RM 1 untuk turun di stesen LRT Ampang. Sesampai sahaja di sana, saya bergegas ikut orang-orang yang nak beli tiket LRT lalu menemukan kaunter tiket. Bayaran RM 1.60 untuk ke stesen LRT Pandan Indah. Masuk sahaja tren, terus saya duduk di tempat duduk (takut kena berdiri). Nasib baik saya cepat, kalau tak terpaksa la berdiri. Agak ramai manusia masa tu, al-maklumlah hari bekerja, pukul 8.30 pulak tu.
Selepas beberapa minit berangan dalam LRT, sampai lah tren di Pandan Indah. Saya pun turun dengan selambanya. Macam dah biasa je jalan sorang-sorang kat KL. Sekali lagi saya ikut orang-orang yang turun kat stesen tu. Yela, nak cari jalan keluar. Takkan nak lepak kat situ sorang-sorang. Kemudian saya ternampak sebuah gerai nasi lemak yang letaknya tak berapa jauh dari perhentian bas. Mulanya saya ingin duduk terus di perhentian bas dan tunggu Hannah datang bersama ayahnya, tetapi melihat jam baru pukul 8.50 pagi (Hannah janji nak datang pukul 9.30 pagi), saya pun menukar arah dan menuju ke gerai tersebut. Awal sangatla pulak saya sampai, tapi tak apa lah, tak ada salahnya pun kan. Ingat tak nak makan nasi (diet), tapi tak ada pilihan lain, kuih tak ada jual pulak. Maka saya pun beli nasi lemak berlauk daging dan sebotol air mineral (nasi lemak - rm 2.50 (kalau tak silap) dan air mineral - RM 0.50) dari pasangan suami isteri berbangsa Indon tersebut.
Saya pun duduk di perhentian bas yang di belakangnya ada beberapa blok flat. Sambil makan, saya berfikir, betul ke ni perhentian bas? Tak nampak bas lalu langsung. Ada la dua tiga orang duduk di situ, tapi bukan tunggu bas, sebaliknya tunggu kawan atau saudara ambil naik kereta atau van. Lantak la, saya bukan nak naik bas pun. Saya pun makan nasi lemak yang sedap tu (memang sedap!) tapi tak mampu habiskan. Sebab diet? Mungkin.
Lepas makan dan minum air mineral, saya buang sisanya ke dlam tong sampah berdekatan. Yela, takkan nak offer kat auntie berbangsa Cina yang duduk kat tepi saya tu kot?
Tunggu punya tunggu, Hannah dan ayahnya yang baru sahaja mengambil Kak Wani dari rumah beliau pun tiba dengan bergayanya untuk mengambil saya pulak. Dalam kereta, habis semua benda kami sembangkan. Lama jugak tak jumpa, dalam 2 bulan jugakla. Cerita pasal visa, Southern Gathering, Pre-departure Briefing (hal-hal penting dalam masa terdekat ni), kerja saya, cuti dan sebagainya. Ayah Hannah dengan panduan Hannah dan Kak Wani (the tourist guides) memandu keretanya dengan berhati-hati ke stesen KTM Kuala Lumpur untuk mengambil Athirah Sakinah yang datang dari Bangi. Ya! Kami akan menjalani medical check-up bersama-sama!
Nampaknya cerita ni akan jadi karangan
Bagi yang nak terus membaca benda pelik-pelik yang saya tulis, nantikannya di
Salam hari Sabtu! Zasssssxqtv.. xD



2 dedicated readers raised up their hands:
slm,
tikku! apsal lawak sgt post ni? hahaha! best la korg punye journey,n brani gle jln sorg kat kl. tabik!
hystrix:
w'salam. hehe, luahan perasaan sy memang kelakar sket. :P
and thanks for the compliment! xP
Post a Comment